Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang
Sejarah Pembinaan
Sejarah
Masjid Jamek Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Gua Musang dibina pada 19 Oktober 1988 dan siap sepenuhnya pada 11 Mac 1991. Kementerian Pembangunan Luar Bandar melalui agensinya KESEDAR telah memperuntukkan sejumlah RM2.7 juta bagi membina dan menyiapkan bangunan ini.
Masjid ini telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra pada 15 Januari 1995 bersamaan 13 Syaaban 1415H. Pada 4 April 1999 masjid ini dengan rasminya dijadikan masjid Jumaat bagi Mukim Bandar Baru Gua Musang sekaligus diiktiraf sebagai Masjid Jajahan. Masjid Tengku Muhammad Fa-iz Petra terletak di Bandar Baru Gua Musang dan berdekatan dengan pejabat-pejabat kerajaan. Keluasan tapak masjid ini ialah 4.85 hektar.
Masjid ini terletak di laluan jalan utama dari Gua Musang ke Kuala Lumpur. Masjid ini bukan sahaja dikunjungi oleh penduduk sekitar dan kakitangan-kakitangan kerajaan berdekatan, malahan menjadi tempat tumpuan persinggahan para musafir yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur atau sebaliknya.
Senarai Masjid Mukim
| NO | MASJID MUKIM |
|---|---|
| 1 | Jerek |
| 2 | Paluh 3 |
| 3 | Jeram Tekoh |
| 4 | Pulau Setelu |
| 5 | Lepan Jaya |
| 6 | Setar Baru |
| 7 | Lu` Lu` |
| 8 | Pasir Tumbuh |
| 9 | Chiku 5 & 6 |
| 10 | Kampung Serian Batu 11 |
| 11 | Meranto |
| 12 | Sungai Asap `A` |
| 13 | Batu Papan |
| 14 | Sungai Bayu |
| 15 | Keputeraan Paloh |
| 16 | Rantau Manis |
| 17 | Tanah Puteh |
| 18 | Lebir |
Perkhidmatan
- Semakan zakat
- Bayaran zakat
- Semakan bantuan
- Permohonan bantuan
- Semakan saudara baru
- Nikah Kawin
Carta Organisasi
Aktiviti Masjid
Lihat Semua
Perlawanan Futsal Mahabbah 6 Penjuru Peringkat Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra Gua Musang
- 10-01-2026 08:30 AM
- 099126624
Ziarah Kasih dean Penyampaian Sumbangan kebajikan Sosial masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra Gua Musang
- 08-01-2026 09:30 AM
- 099126624
Program Khitan Perdana Peringkat Masjid Jamek Tengku Muhamad Faiz Petra Gua Musang
- 04-01-2026 08:00 AM
- 099126624
Live Stream
Lihat Semua
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra Gua Musang
- Jumaat, 5-Disember-2025, 8:00 pagi
Kuliah Mingguan
| AHAD |
Kitab Al-Azkar Imam An-Nawawi : |
| ISNIN |
KITAB BARUL MAZI : |
| SELASA |
TAFSIR NURUL IHSAN : |
| RABU |
Kuliah Maghrib : |
| KHAMIS |
BACAAN YASIN : |
| JUMAAT |
TAJWID : |
| SABTU |
Kuliaj Maghrib : |