Pemilihan Pencalonan Jawatankuasa Kemajuan Agama Masjid Mukim Sultan Ahmad keputeraan Paloh 2

Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang

#
Sabtu, 1-Ogos-2026, 10:00 pagi
masjid mukim keputeraan paloh 2

Pemilihan dan pencalonan Anggota Jawatankuasa Kemajuan Agama Masjid Mukim Keputeraan Paloh 2, Gua Musang telah diadakan berikutan tamatnya tempoh pelantikan jawatankuasa sedia ada yang telah berkhidmat selama tiga (3) tahun.

Proses pemilihan ini bertujuan untuk memilih barisan jawatankuasa baharu yang akan menerajui pentadbiran serta pengurusan masjid bagi sesi yang akan datang. Pemilihan telah berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat.

Seramai 119 orang penduduk telah mengambil bahagian dalam proses pengundian dan pemilihan tersebut, sekali gus mencerminkan komitmen serta keprihatinan masyarakat terhadap pembangunan dan kemajuan institusi masjid.

Kami sebagai wakil daripada pihak MAIK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan masjid Keputeraan Paloh 2 dan seluruh penduduk yang telah meluangkan masa untuk hadir serta menjalankan tanggungjawab dalam menentukan kepimpinan baharu Jawatankuasa Kemajuan Agama Masjid Mukim.

Semoga barisan jawatankuasa yang dipilih dapat melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi dan komited dalam memartabatkan institusi masjid demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Top