Lawatan Kerja daripada Unit IT Majlis Agama Islam Kelantan
Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang
Pihak Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Unit IT, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) atas kesudian hadir ke masjid bagi melaksanakan pemantauan serta pemeriksaan berkaitan alatan dan fasiliti multimedia yang telah disumbangkan oleh pihak MAIK.
Pihak masjid amat menghargai keprihatinan, komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam memastikan kemudahan serta peralatan multimedia yang disediakan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya bagi menyokong kelancaran pelaksanaan program dan aktiviti masjid.
Semoga segala usaha dan khidmat bakti yang diberikan mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya daripada Allah SWT serta terus memperkukuhkan kerjasama antara pihak MAIK dan pihak masjid pada masa akan datang.
Sekalung penghargaan dan terima kasih daripada seluruh warga Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang