Masjid Jamek Sultan Muhammad II, Telipot

Sejarah Pembinaan

Pengenalan

Masjid Jamek Sultan Muhammad II Telipot merupakan salah sebuah kategori masjid bandar bagi jajahan Kota Bharu. Ia tertakluk dibawah seliaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Masjid Jamek Sultan Muhammad II Telipot ini juga dipertanggungjawabkan untuk menyelia 30 buah masjid mukim bagi zon Telipot.

Masjid Jamek Sultan Muhammad II Telipot terletak di Jalan Telipot, Bandar Kota Bharu, Kelantan iaitu 2.3KM dengan Stadium Sultan Muhammad IV dan juga Hospital Raja Perempuan Zainab II yang terletak di pusat bandar.

Sejarah

Masjid ini dibina pada tahun 1978 di Kampung Telipot, Kota Bharu. Pada asalnya, masjid ini dikenali dengan nama “Masjid Telipot”, mengambil sempena nama kampung tempat masjid ini dibina. Cadangan pembinaan masjid ini dibuat oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Abd. Aziz Tengku Hamzah (Tengku Sri Utama Raja) Yang Dipertua MAIK pada waktu itu.

Masjid ini didirikan di atas tapak bekas Pejabat Pertanian yang terletak di Jalan Telipot, kepunyaan Kerajaan Negeri. Ia dibina bagi dijadikan tempat Jumaat kedua bagi Mukim Langgar dan bukannya menggantikan Masjid D’Raja Long Yunus, Langgar yang sedia ada.

Tapak yang dicadangkan ini jauh lebih luas daripada tapak Masjid D’Raja Long Yunus, Langgar yang sedia ada, iaitu kirakira seluas 750 depa. Bangunan masjid baru ini dijangka akan dapat menampung kira-kira 1000 orang ahli jemaah pada satu masa. Sebelum cadangan ini dikemukakan untuk mendapat kelulusan Kerajaan Negeri, tinjauan awal telah dibuat dengan YAB. Menteri Besar Negeri Kelantan ketika itu, Allahyarham Dato’ Haji Ishak Lotfi bin Omar. Dalam perbincangan awal ini, atas pandangan beliau sendiri, kawasan cadangan untuk membina Masjid baru Telipot telah diperluaskan sekali ganda lagi, menjadikan keluasan semuanya kira-kira 1 ½ ekar (1 ekar 480 depa).

Tapak Masjid Telipot ini telah diluluskan dengan rasminya oleh Kerajaan Negeri pada tahun 1978. Setelah bangunan masjid siap dibina di Jalan Telipot, ia lalu dinamakan Masjid Telipot, mengambil sempena nama Kampung Telipot, tempat masjid ini didirikan. Biaya pembinaannya telah menelan belanja sebanyak RM400 ribu, tidak termasuk nilai harga tanah.

Reka bentuk asal bangunan Masjid Telipot dibuat sebegitu rupa supaya ianya unik dari segi reka bentuknya, tanpa mencontohi reka bentuk manamana masjid yang terdapat di Malaysia pada masa tersebut, sekaligus ia mempunyai ciri-ciri seni bina Negeri Kelantan sendiri, selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri pada masa itu. Pelan bangunan Masjid Telipot disediakan tanpa dikenakan sebarang bayaran oleh Allahyarham Encik Ghazali bin Salleh, seorang arkitek anak Kelantan dari Syarikat Pakatan Arkitek. Tetapi pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) yang telah diberi tanggungjawab membina masjid itu mendapati harga yang ditawarkan bagi pelan tersebut melebihi RM750 ribu sedangkan peruntukan yang ada pada masa itu hanya sebanyak RM350 ribu sahaja. Bagi mengatasi kebuntuan ini, pihak JKR terpaksa mengubahsuai pelan asal tersebut untuk diselaraskan dengan peruntukan yang sedia ada. Sebuah tender baru kemudian dikeluarkan semula. Akhirnya dengan menggunakan pelan baru yang diubahsuai itu, Masjid Telipot berjaya dibina dengan menelan perbelanjaan sebanyak RM400 ribu

Reka bentuk asal Masjid Telipot itu kemudiannya telah digunakan pula untuk membina sebuah masjid lain, iaitu Masjid Kampung Sireh yang letaknya tidak berapa jauh dari Masjid Telipot sebagaimana yang ada sekarang. Kedudukan Kiblat bangunan Masjid Telipot ialah 20 darjah dari Barat atau 70 darjah dari Utara yang menjadi arah sembahyang umat Islam. Masjid Telipot ini julung-julung kali digunakan untuk solat Jumaat pada 5 Januari 1979. Pada tahun 2013, nama masjid ini ditukar kepada nama baru, “Masjid Sultan Muhammad II”.

Senarai Masjid Mukim

NO MASJID MUKIM
1 Bunut Payung
2 Pekan Kok Lanas (Ayesha)
3 Lundang
4 Pasir Hor
5 Lundang Paku
6 Kor
7 Kadok
8 But
9 Kerak Patek
10 Lubuk Jambu
11 Buluh Poh
12 Perol
13 Belukar Batu 8
14 Pangkal Kalong
15 Kemubu
16 Hutan Pasir
17 Kok Lanas
18 Padang Tengah Badak
19 Ketereh
20 Batu Tinggi
21 Dusun Rendah
22 Belukar Luas
23 Dendang
24 Sokor
25 Paya Lada
26 Mahang Barat 2
27 Banggol Lepah
28 Kampung Sungai Pasir
29 Pasir Lada

Perkhidmatan

  • Semakan bantuan
  • Permohonan bantuan
  • Bayaran/Semakan zakat
  • Semakan saudara baru
  • Bayar/Pengiraan Fidyah
  • Pengurusan Nikah dan Rujuk
  • Zakat Fitrah
  • Semakan bantuan
  • Permohonan bantuan
  • Bayaran/Semakan zakat
  • Semakan saudara baru
  • Bayar/Pengiraan Fidyah
  • Pengurusan Nikah dan Rujuk
  • Zakat Fitrah

Aktiviti Masjid

Lihat Semua

Live Stream

Lihat Semua

Kuliah Mingguan

AHAD

KULIAH MAGHRIB : Sunan At-Tirmizi :
(24-05-2026 | Selepas Maghrib)
Al Fadhil Ustaz Azlee bin MAt

ISNIN

KULIAH MAGHRIB :
(25-05-2026 | Selepas Maghrib)
Al-Fadhil Ustaz Syed Ahmad Ridwan Bin Sayed Md Zain

SELASA

Meraih Pahala Besar dengan Amalan Ringan :
(19-05-2026 | 7.30pm)
Al Fadhil Ustaz Zulkarnain Hassan

RABU

Al Tadzhib 'ala Adillah Matan Al Ghayah wa Taqrib :
(20-05-2026 | 7.30pm)
Al Fadhil Ustaz Dr Mahyudin bin Daud

KHAMIS

Bacaan Yasin :
(21-05-2026 | 7.30pm)
Imam dan Bilal

JUMAAT

KULIAH SUBUH : Tsimar Al-Jannah Fi Tarjamati Risalah Al-Muawanah :
(22-05-2026 | 7.30pm)
YB SS DATO' HAJI MOHAMMAD SHUKRI BIN MOHAMAD

KULIAH MAGHRIB : Pengajian Zakat :
(22-05-2026 | 7.30pm)
Al Fadhil Ustaz Ameer Azeezy Bin Tuan Abdullah

SABTU

KULIAH SUBUH : Fiqh Sirah :
(23-05-2026 | Selepas Maghrib)
Al Fadhil Ustaz Syahru Ramadhan Bin Satirin

KULIAH MAGHRIB : Munyatul Musolli :
(23-05-2026 | 7.30pm)
Al Fadhil Ustaz Suratemi Bin Yusof

Senarai Masjid Lain

Lihat Semua
Top