Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)
Sejarah Pembinaan
Sejarah
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu yang dahulunya dikenali sebagai “Masjid Besar Kota Bharu” atau Masjid Muhammadi Kota Bharu telah didirikan pada tapak sekarang dengan menggunakan kayu daripada masjid asal di Kampung Sungai Budor seberang Paloh. Akibat terkena air bah Sungai Kelantan, masjid yang telah beratus-ratus tahun dibina itu telah pun runtuh. Tidak dapat dipastikan tarikh dan tahun masjid mula-mula dibangunkan.
Sisa kemusnahan Masjid Kayu (Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu) telah dipindahkan ke tapak sekarang untuk mengelak ancaman banjir dan siap dibina pada tahun 1867M bersamaan 1284H atas titah perintah Sultan Muhammad II (1830 - 1886). Lantaran daripada peristiwa itu, Masjid Kayu atau Masjid Besar Kota Bharu juga dikenali dengan nama “Masjid Buruk”. Baginda sultan pada ketika itu berkeinginan supaya didirikan masjid yang besar di Bandar Kota Bharu untuk keperluan tempat solat berjemaah dan tempat pengajaran ilmu-ilmu agama yang semakin kerap dikunjungi oleh orang ramai.
Pembinaan Bangunan Batu Pertama Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu
Cadangan pembinaan telah mendapat perkenan KDYMM Baginda Almarhum Sultan Muhammad IV melalui persetujuan mesyuarat Ahli Majlis dengan alasan keadaan masjid yang kian uzur dan tidak berbaloi untuk dibaikpulih. Kontraktor yang telah dipilih ialah Wee Kam Siong (dari Singapura). Pada 14 Mei 1922-Waktu 6.00 pagi Ahad, 18 Ramadhan 1340H (1922M) telah diadakan upacara bacaan doa sempena majlis pecah tanah ditempat yang hendak dibangunkan Masjid Besar di Kota Bharu”. Pada 21 Ogos 1922-Pada pukul 8.30 pagi, hari Isnin, 28 Zulhijjah 1340H, Istiadat Peletakan Batu Asas oleh KDYMM Almarhum Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV telah pun disempurnakan. Pada 31 Julai 1931M (Jumaat)- bersamaan 16 Rabiul Awwal 1350H, nama asal masjid iaitu “Masjid Besar Kota Bharu” telah ditukar (dimasyhurkan) kepada nama “Masjid Muhammadi” bersempena dengan nama leluhur KDYMM Baginda Almarhum Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV semasa beliau merasmikan bangunan konkrit.
Bangunan lama (Bangunan Hilir) pada ketika itu masih lagi kekal dengan binaan daripada kayu dan dijadikan halaqah pengajian para ulamak. Hanya, pada bulan Mei 1940M (Rabiul Akhir 1359M) barulah keseluruhan bangunan dirombak.
Pembangunan Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu telah menjalani beberapa pengubahsuaian bangunan iaitu pada tahun 1959,1968, 1972 dan kali terakhir pada tahun 1987. Sehingga tahun 1987, kos pengubahsuaian adalah sebanyak RM897,242.00.
Perkhidmatan
- Bantuan Zakat
- Bayaran Zakat
- Kaunter Baitulmal
- Urusan Perkahwinan
- Khairat Kematian
- Pengurusan Jenazah
- Perkhidmatan Kaunseling /Keagamaan
- Kebajikan Asnaf (Foodbank)
- Pendidikan (Tadika)
- Mosque Tour Guide
- Kelas Tafaqquh Fiddin
Carta Organisasi
Aktiviti Masjid
Lihat Semua
Berjoging sambil mengutip sampah (Plogging) di pesisir Sungai Kelantan
- 09-05-2026 06:00 AM
- 019-277 1380
Lawatan pelajar-pelajar dan Guru dari SMK Lubok Cina, Melaka ke Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid Negeri Kelantan)
- 29-04-2026 07:00 AM
- 019-277 1380
Majlis Qurban dan Aqiqah Perdana Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu 1447H/2026
- 13-04-2026 08:00 AM
- 019-277 1380
Kuliah Subuh (Jumaat) "Sediakan Diri Untuk Hari Esok" 10 April 2026 disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Moqti bin Ahmad
- 10-04-2026 07:00 AM
- 019-277 1380
Sambutan Hari Raya Aidilfitri Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu 1447H/2026 dengan Kerjasama Maybank Islamic Berhad
- 04-04-2026 06:00 AM
- 019-277 1380
Solat Sunat Istisqa di Dataran Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan) 1447H/2026
- 26-03-2026 08:00 AM
- 019-277 1380
Live Stream
Lihat Semua
Kuliah Maghrib (Rabu) 29 April 2026 Tadabbur Al-Quran oleh Al-Fadhil Ustaz Muhamad Amri Bin Ouma
- Rabu, 29-April-2026, 7:30 malam
- youtube
Kuliah Maghrib (Selasa) 28 April 2026 Bacaan Kitab Bagaimamana Berinteraksi dengan Al-Quran oleh Al-Fadhil Ustaz Prof. Madya Dr. Azhar bin Abdullah
- Selasa, 28-April-2026, 7:30 malam
- youtube
Kuliah Maghrib Kitab Ijazul Quran (Isnin) 27 April 2026 oleh Al-Fadhil Ustaz Dr. Wan Ismail bin Wan Abdul Halim
- Isnin, 27-April-2026, 7:30 malam
- youtube
KULIAH MAGHRIB (AHAD) 26 APRIL 2026 KITAB TAJUL ARUS OLEH AL-FADHIL USTAZ LATFI BIN AWANG MAN
- Ahad, 26-April-2026, 7:30 malam
- youtube
Kuliah Subuh (Sabtu) 25 April 2026 Kitab Rahsia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Osman bin Mat Zin
- Sabtu, 25-April-2026, 6:45 pagi
Kuliah Maghrib 24 April 2026 (Jumaat) Kitab Penawar Bagi Hati oleh Al Fadhil Ustaz Redhuan Bin Abdul Halim
- Jumaat, 24-April-2026, 7:30 malam
Kuliah Mingguan
| AHAD |
Kitab Tajul Arus : Kitab Mustika Hadith : Kelas Tafaqquh Fiddin Kitab Daf'u Syubhat dan Kitab Ihya Ulumuddin Imam Al-Ghazali : Kelas Tajwid Al-Quran : Kelas Tajwid Al-Quran Kanak-Kanak dan Remaja : |
| ISNIN |
Kitab I'jabul Quran : Kelas Tafaqquh Fiddin Kitab Aunul Makbud dan Kitab Syarah Hadis Fathul Bari Sahih Bukhari : Kelas Tajwid Al-Quran : Kelas Tajwid Al-Quran Kanak-kanak dan Remaja : Kuliah Maghrib Kitab Kiamat Hampir Tiba : |
| SELASA |
Kitab Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Quran : Kelas Tafaqquh Fiddin Kitab Sahih Muslim dan Kitab Nuzhatul Nazor : Kelas Tajwid Al-Quran : Kelas Tajwid Al-Quran Kanak-kanak dan Remaja : Kuliah Dhuha Muslimat : Kuliah Maghrib Kitab Hadis Sahih Muslim : |
| RABU |
Kitab Fathul Mu'in : Kitab Jalan Mereka yang Menuju Allah : Kelas Tafaqquh Fiddin Kitab Tafsir Jalalain dan Kitab Bulughul Maram : Kitab Misykat Masobih : Kelas Tajwid Al-Quran : Kelas Tajwid Al-Quran Kanak-kanak dan Remaja : |
| KHAMIS |
Solat Hajat dan Bacaan Yasin : Kuliah Dhuha Muslimat : Kelas Tafaqquh Fiddin Kitab Tafsir Ibnu kathir : Kelas Tajwid Al-Quran : |
| JUMAAT |
Kitab Minhajul Abidin : Kitab Penawar Hati : Pengajian Kitab Hikam Jawi Dan Aqidatul Naajin : Kuliah Subuh Mingguan : Kelas Tafaqquh Fiddin Kitab Iqna' dan Kitab Fathul Wahab : Kelas Tarannum Al-Quran Muslimin : Kelas Tarannum Al-Quran Muslimat : |
| SABTU |
Tafsir Surah Lazim : Kuliah Subuh Mingguan : Kelas Tafaqquh Fiddin Kitab Muwatto dan Kitab Mahalli : Kuliah Dhuha Muslimat (Kitab Fiqh Al-Hadith) : Kuliah Dhuha Muslimat (Kitab Sairus Salikin) : Kelas Tajwid Al-Quran Kanak-kanak dan Remaja : |
Virtual Tour