Lawatan Penilaian Pemarkahan Kubur Terbaik Peringkat Negeri Kelantan 2026
Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang
Lawatan Penilaian Pemarkahan Kubur Terbaik Peringkat Negeri Kelantan 2026 yang melibatkan sesi penilaian dan pemarkahan kawasan tanah perkuburan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Lawatan ini bertujuan menilai aspek pengurusan, kebersihan, keceriaan, penyelenggaraan serta pengurusan keseluruhan kawasan tanah perkuburan. Pihak pengurusan masjid memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan penilai sepanjang sesi lawatan dan penilaian dijalankan. Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran serta komitmen masyarakat dalam memastikan kawasan tanah perkuburan sentiasa berada dalam keadaan bersih, teratur dan terpelihara, di samping memperkukuh usaha pihak masjid dalam menguruskan kemudahan tanah perkuburan dengan lebih sistematik dan berkesan.
Aktiviti Lain-Lain
Lihat senarai aktiviti
Krusus Dakwah Kreatif anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAHEAIK) di Hotel Perdana, Kota Bharu
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (masjid negeri Kelantan)