
Krusus Dakwah Kreatif anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAHEAIK) di Hotel Perdana, Kota Bharu
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

14 Zulhijjah 1446H | 11 Jun 2025
Baru-baru ini, kakitangan Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu telah dipanggil untuk memberi sedikit perkongsian berkenaan dengan cara-cara penghasilan kandungan di Media Sosial kepada 35 orang staf Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK). Al-Fadhil Ustaz Nik Mohd Afif Azhan (Imam Tua 2 Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu) , Al-Fadhil Ustaz Muhammad Majdi bin Ibrahim (Pembantu Multimedia Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu) dan Al-Fadhil Ustaz Mohamad Aiman Fitri (Bilal Rawatib Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu) telah dijemput untuk perkongsian tersebut.Turut hadir untuk memberi perkongsian oleh saudara Que Yahaya
"Dakwah itu lagi ringan jika kita pikul ia bersama, dan manfaatkanlah apa yang tersedia supaya lebih ramai dapat memahami agama"