LENSA KAMERA TADARUS AL-QURAN SECARA BERKUMPULAN - PROGRAM RAKAN MASJID x RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2026
Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang, Pasir Mas
📢 *HEBAHAN PENGISIAN PETANG TADARUS AL-QURAN/KHATAM AL-QURAN SECARA BERKUMPULAN – PROGRAM RAKAN MASJID x RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2026*
Assalamualaikum W.B.T,
Dimaklumkan pengisian program pada sebelah petang sempena Program Rakan Masjid x Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 adalah seperti berikut:
🕑 2.00 petang – 2.30 petang
Ketibaan dan pendaftaran peserta Tadarus/Khatam Al-Quran (Daerah) serta pengagihan cenderahati.
🕝 2.30 petang – 4.30 petang
Tadarus Al-Quran secara berkumpulan bermula.
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing).
Sehubungan itu, semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis serta mengimarahkan bulan Ramadan dengan pengisian yang bermanfaat.
Sekian, terima kasih.
🕌 “Memakmurkan Masjid, Menyantuni Ummah”
#RakanMasjid #RakanMudaRamadan #MasjidBeijing #Kelantan #IndahnyaRamadan