Lensa Iftar Ramadan ke-27
Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang
Alhamdulillah, suasana iftar pada malam ke-27 Ramadan di Masjid Jamek Razaleigh berlangsung dengan penuh ketenangan dan keberkatan. Kehadiran para jemaah yang tidak putus-putus serta sumbangan para penginfaq telah menyemarakkan lagi suasana berbuka puasa di rumah Allah ini.
Di penghujung Ramadan ini, marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadah dan merebut peluang yang masih berbaki. Semoga setiap sumbangan, setiap hidangan yang dikongsi dan setiap langkah yang diatur ke masjid menjadi asbab ganjaran yang berlipat ganda di sisi Allah SWT.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan iftar pada hari ini.
Semoga segala amal kebajikan ini diterima dan diberkati oleh Allah SWT.
Aktiviti Lain-Lain
Lihat senarai aktiviti
MAJLIS GRADUASI KEMBARA AL-QURAN SIRI 2
MASJID JAMEK TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA