Majlis Khatam Al-Quran Perdana

Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian

#
Jumaat, 8-Ogos-2025, 6:30 pagi
Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran Perdana yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian pada pagi ini, Jumaat, 8 Ogos 2025.

Majlis yang penuh keberkatan ini dimulakan selepas solat Subuh berjemaah yang diimami oleh AlFadhil Ustaz Haji Abdul Baari bin Abdullah, Imam Muda MASIP Kubang Kerian. Selepas Majlis Khatam disusuli dengan pengisian tazkirah motivasi yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Dr. Azhar bin Muhammad. Diakhir majlis juga pihak masjid menyediakan Jamuan Kesyukuran kepada sidang jemaah yang hadir.

Terima kasih diucapkan kepada semua jemaah yang hadir memeriahkan majlis ini. Tidak dilupakan kepada para jemaah yang menyumbang dan sponser untuk juadah menu Jamuan Kesyukuran. Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita, mengurniakan keberkatan dalam kehidupan dan menjadikan kita semua hamba-Nya yang sentiasa dekat dengan Al-Quran.

#KhatamAlQuran #MasjidJamekAlSultanIsmailPetra #KubangKerian #BersamaDekatDenganAlQuran

#masjidjamekalsultanismailpetrakubangkerian

#ilovemasipkk

#majlisilmumasipkk

#MasipKKdiHati

#masipkubangkerian

Top