ZIARAH MAHABBAH KE PONDOK KENERONG DABONG
Masjid Jamek Annur Guchil, Kuala Krai
Pihak kakitangan Masjid Jamek Annur Guchil telah mengadakan program ziarah mahabbah ke Pondok Kenerong Dabong sebagai salah satu usaha mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan ukhuwah antara institusi masjid dan pusat pengajian agama. Program tersebut berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan mesra, di samping memberi peluang kepada pihak masjid untuk bertemu serta beramah mesra dengan warga pondok.
Dalam masa yang sama, pihak masjid turut menyampaikan sumbangan bekalan makanan kepada pihak pondok sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap kebajikan para pelajar serta tenaga pengajar di pondok berkenaan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memupuk semangat kebersamaan dan mempererat hubungan antara kedua-dua pihak