MAJLIS APRESIASI WARGA MASJID JAMEK MUHAMMADI KOTA BHARU BAGI TAHUN 2025

Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

#
Ahad, 21-Disember-2025, 9:00 malam
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

30 Jamadilakhir 1447H | 21 Disember 2025

"Tanpa jemaah, tiadalah pengurusan Masjid", demikianlah ucapan YB. SF. Dato' Biji Sura Dato' Haji Nik Abdul Kadir Bin Haji Nik Mohamad (Pengerusi Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu). Majlis Apresiasi ini diadakan oleh pihak pengurusan masjid sebagai salah satu penghargaan dan kesyukuran bersama-sama petugas, ahli jawantankuasa dan mantan kakitangan meraikan kejayaan memperoleh penarafan "5 bintang" oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.Tahniah di atas usaha mengadakan pengimarahan dan juga menjaga kualiti pengurusan. Ini sekaligus meningkatkan nama baik Masjid yang bertepatan dengan gelaran negeri Kelantan sebagai "Serambi Mekah".

Diharapkan Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu terus berkembang dan maju jaya.

Top