Alhamdulillah & Terima Kasih Para Penyumbang
Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang
Alhamdulillah & Terima Kasih Para Penyumbang
Pihak Masjid Jamek Razaleigh, Bandar Gua Musang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang melalui Program Kempen 1 Tabung 1 Keluarga sempena Ramadan 2026.
Alhamdulillah, hasil sumbangan dan keprihatinan para jemaah serta masyarakat, jumlah kutipan penuh tabung telah berjaya mencapai RM16,464.00.
Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berterusan, diberkati oleh Allah SWT dan diganjari dengan pahala yang berlipat ganda.
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda kepada Masjid Jamek Razaleigh dalam memakmurkan rumah Allah.
“Sesungguhnya orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah mereka yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.”
Semoga segala kebaikan ini menjadi asbab keberkatan kepada kita semua.