KELAS PENGAJIAN TARANNUM AL-QURAN BERSAMA ALFADHIL USTAZ KHAIRUL AZWAR BIN ALIAS
Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang, Pasir Mas
MAKLUMAN & JEMPUTAN RASMI
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang, Kelantan akan mengadakan Kelas Pengajian Tarannum Al-Quran seperti ketetapan berikut:
🗓 Hari: Setiap Hari Rabu Minggu 1 dan 3
⏰ Masa: Bermula selepas Solat Isyak
🕌 Tempat: Dewan Solat Utama Masjid
👳♂️ Penyampai: Al-Fadhil Ustaz Khairul Azwar bin Alias
Sehubungan itu, seluruh jemaah dan masyarakat setempat adalah dijemput hadir bagi bersama-sama mengimarahkan majlis ilmu ini. Diharapkan pengajian ini dapat memberikan manfaat serta meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap seni bacaan Al-Quran.
💝 Sumbangan & Infaq Jariah boleh disalurkan ke:
Bank Islam | 03081010014007
(Atas nama: Jawatankuasa Kemajuan Agama Masjid Bandar Jubli Perak Sultan Ismail Petra)
Kerjasama dan kehadiran tuan/puan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.