Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian
Sejarah Pembinaan
Pengenalan
Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian merupakan salah sebuah kategori masjid bandar bagi jajahan Kota Bharu. Ia tertakluk dibawah seliaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Masjid ini juga dipertanggungjawabkan untuk menyelia 33 buah masjid mukim di sekitar Kubang Kerian.
Sejarah
Pembinaan masjid ini bermula pada tahun 1986 oleh seorang individu yang bernama Tan Sri Ibrahim bin Mohamad dari Kampung Putih, Telipot. Setelah menyiapkan tapak untuk bangunan ini, proses pembinaannya tergendala oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Selain itu, beliau juga telah berpindah ke Kuala Lumpur.
Pada tahun 1988, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan (MAIK) telah menyambung pembinaannya dengan perbelanjaan daripada MAIK dan sumbangan orang ramai yang berjumlah mencecah RM15 juta.
Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian telah disempurnakan perasmian pembukaannya oleh Kebawah Al-marhum Sultan Ismail Petra ibni Al-marhum Sultan Yahya Petra, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darul Naim ketika itu, pada 8 Safar 1413 hijrah bersamaan 7 Ogos 1992 Masihi.
Lokasinya 5 km dari pusat bandar Kota Bharu, berhampiran dengan Istana Negeri, Istana Mahkota dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Jabatan Kenaf & Tembakau Negara, Jabatan Haiwan dan kawasan petempatan Bandar Baru Kubang Kerian. Masjid ini dapat menampung seramai 3 000 jemaah untuk ruang solat utama manakala serambi kanan, kiri dan belakang serta tingkat atas pula dapat menampung seramai 2 000 orang jemaah.
Senarai Masjid Mukim
NO | MASJID MUKIM |
---|---|
1 | Chichal |
2 | Wakaf Stan |
3 | Pulau |
4 | Banggu |
5 | Jejulut |
6 | Badak Mati |
7 | Lubuk Pukul |
8 | Binjai |
9 | Gong Dermin |
10 | Seterpa |
11 | Terap |
12 | Bukit Marak |
13 | Peringat |
14 | Jambu Merah |
15 | Kedai Melor |
16 | Istana Negeri |
17 | Bechah Mulong |
18 | Padang Halban |
19 | Pangkai Pisang |
20 | Permatang Pusu |
21 | Aril |
22 | Padang Kala |
23 | Guntong |
24 | Tembesu |
25 | Parit Lama |
26 | Terusan |
27 | Padang Mokkan |
28 | Kampung Haji Hussin |
29 | Kampung Huda |
30 | Tegayong |
31 | Taman Pemuda |
32 | Kampus Kesihatan USM |
33 | Taman Pengiran Anak Tengku Afeefah Mushafa'ah Bolkiah Putri |
Perkhidmatan
- Semakan zakat
- Bayaran zakat
- Semakan bantuan
- Permohonan bantuan
- Semakan Saudara Baru
- Urusan nikah kahwin
- Perkhidmatan Van Jenazah
- Dewan Serbaguna
Carta Organisasi

Aktiviti Masjid
Lihat SemuaLive Stream
Lihat SemuaKuliah Mingguan
AHAD |
Kuliah Dhuha - Kitab Wisyaahul Afrah Wa Isbaahul Falah : Kuliah Maghrib - Fiqh Solat : Kuliah Maghrib - At-Targhib Wat Tarhib - Hadis : |
ISNIN |
Kuliah Dhuha Pengajian Kitab Tanbihul Ghaafilin : Kuliah Maghrib - Bisyarah Al'Amilin Wa Nazarah AlGhafilin : Kuliah Maghrib - Penawar Bagi Hati : |
SELASA |
Kuliah Dhuha Bimbingan Mukmin (Mau'izotul Mukminin) : Kuliah Maghrib - Kisah Para Sahabat Nabi S.A.W : Kuliah Maghrib - Tafsir Al-Quran : |
RABU |
Kuliah Maghrib - Fiqh Ibadat : Kuliah Maghrib - 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman : |
KHAMIS |
Bacaan Surah Al-Kahfi @ Yaasin @ Al-Mulk : |
JUMAAT |
Kuliah Maghrib - Al-Arba'in Fi Usul Al-Diin - Imam Al-Ghazali : |
SABTU |
Kuliah Maghrib - Aqidah : Kuliah Maghrib - Mustika Hadis - Jilid 2 : |