𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐂𝐇𝐀 𝐒𝐔𝐆𝐇𝐎 𝐌𝐀𝐒𝐈𝐏 𝐊𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian

#
Ahad, 12-Julai-2026, 6:00 pagi
Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian

📸 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐂𝐇𝐀 𝐒𝐔𝐆𝐇𝐎 𝐌𝐀𝐒𝐈𝐏 𝐊𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Alhamdulillah, 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐊𝐚𝐜𝐡𝐚 𝐒𝐮𝐠𝐡𝐨 𝐌𝐀𝐒𝐈𝐏 𝐊𝐮𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat kerjasama, kemeriahan dan ukhuwah di 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐉𝐚𝐦𝐞𝐤 𝐀𝐥-𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 𝐏𝐞𝐭𝐫𝐚, 𝐊𝐮𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli jawatankuasa, sukarelawan, para penyumbang dan seluruh masyarakat yang hadir berganding bahu menjayakan program ini. Semangat gotong-royong yang dipamerkan dalam penyediaan 𝐁𝐮𝐛𝐮𝐫 𝐀𝐬𝐲𝐮𝐫𝐚 membuktikan bahawa kebersamaan adalah kekuatan ummah.

Semoga segala usaha, tenaga, masa dan sumbangan yang dicurahkan menjadi amal jariah, diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.

📸 Mari kita imbas kembali detik-detik indah sepanjang berlangsungnya Program Kacha Sugho melalui lensa yang sempat dirakam.

"𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐇𝐚𝐭𝐢, 𝐁𝐞𝐫𝐠𝐨𝐭𝐨𝐧𝐠-𝐑𝐨𝐲𝐨𝐧𝐠, 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐢𝐦𝐚𝐫𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝."

🤲 Jazakumullahu khairan kathira kepada semua yang telah menjayakan program ini. Semoga kita dipertemukan lagi dalam program-program akan datang.

Top