Menyantuni saudara kita “mualaf”

Masjid Jamek Ibrahimi, Pasir Puteh

#
Rabu, 16-Julai-2025, 10:00 pagi
MASJID JAMEK IBRAHIMI PASIR PUTEH

Menyantuni saudara kita “mualaf”, terutamanya mereka yang baru memeluk Islam, adalah satu tanggungjawab yang sangat penting dalam masyarakat. Saudara baru sering kali menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan baru dan memerlukan sokongan serta bimbingan daripada komuniti Muslim. Pada hari ini pihak pengurusan MJIPP mengadakan perjumpaan agar dapat bertemu dengan lebih dekat lagi. Dalam program ini Imam Tua Ustaz Mohd Rosman Bin Che Harun memberi tazkirah ringkas. Turut hadir Imam Muda Ustaz Mohamad Amar Shaifudin Bin Fauzi dan Hajjah Ramlah Binti Zakaria Biro Muslimah. Disamping itu pelbagai soalan diajukan megenai agama serta isu semasa. Program bermula jam 10.00 hingga 11.00 pagi. Program berakhir dengan jamuan dan memberi sedikit saguhati.

Top