
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI KELANTAN 1447H/2025M
Masjid Jamek Al-Ismaili, Bandar Baru Pasir Pekan

KEBERANGKATAN TENGKU MAHKOTA KELANTAN SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI KELANTAN.
Sambutan Majlis Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1447H/2025M berlangsung dalam suasana penuh keberkatan dan kesyukuran.
Program saban tahun ini diserikan dengan keberangkatan Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Perta Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan bagi mengimarahkan Maulidur Rasul bersama rakyat jelata di Masjid Jamek AL-Ismaili Bandar Baru Pasir Pekan, Tumpat.
Masjid Jamek Al-Ismaili, Bandar Baru Pasir Pekan bergema dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada malam tersebut bersama-sama Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan.
Baginda Juga berkenan menunaikan solat fardhu maghrib yang diimankan oleh AF.Ustaz Dr. Haji Muhammad Hana Pizi Bin Abdullah, Imam Besar Negeri Kelantan.
Seterusnya Baginda juga turut berkenan mendengar ceramah Khas Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Prof. Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Bin Mohd Yusoff
(Profesor, Jabatan Al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Merangkap Ahli Majlis Pendidikan, MAIK).
Majlis juga turut dihadiri Yang Amat Berhormat Dato' Panglima Perang Dato' Haji Mohd Nasaruddin Bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan dan Yang Amat Berbahagia Dato' Haji Mohd Anis Bin Hussein (Timbalan Yang Dipertua MAIK).