
Sekitar Penganjuran Program 'Night Run' Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu 1446H/2025
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

Dianggarkan kira-kira 400 orang peserta telah menyertai program. Dengan jarak laluan sejauh 7 km, peserta telah menamatkan larian pada jam 10.45 malam. Bacaan doa dan pelepasan peserta larian telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Nik Mohd Afif Azhan bin Nik Mohd Naidi (Imam Tua II Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu). Jutaan terima kasih diucapkan kepada peserta larian yang hadir dan menamatkan larian pada kali ini. Tidak ketinggalan, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia yang membantu pihak masjid dalam kawalan lalulintas ketika program sedang berlangsung. Moga-moga pengajuran program sebagini dapat lagi diteruskan pada tahun hadapan.