
Program Lawatan daripada Panel Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) MAIK
Masjid Jamek Annur Guchil, Kuala Krai

17 JULAI 2025 | KHAMIS
𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐒𝐏𝐌𝐌)
Program Lawatan daripada Panel Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) MAIK . Seramai 3 Orang juri hadir ialah Mohamad Riduan Bin Mustafa, Mohamed Ramadan Bin Mah Hassan dan Mohammad Farhanul Hakim Bin Mohd Fadli.
Program berjalan lancar bermula dengan bacaan doa serta penyampaian taklimat daripada Imam Tua, AF Ustaz Abdullah Bin Ismail. Turut bersama AF Imam Muda Ustaz Alias Bin Daud, PT (P/O) dan PT (W) MAIK dalam memastikan kelancaran taklimat dan pencapaian matlamat yang ditetapkan.
Panel ini bertanggungjawab menilai dan menarafkan masjid berdasarkan pelbagai aspek, termasuk kebersihan, pengurusan, program komuniti dan kemudahan yang disediakan.
Lawatan ini bukan sahaja membantu dalam meningkatkan mutu pengurusan masjid, tetapi juga memastikan masjid berfungsi sebagai pusat komuniti yang efektif dan inklusif. Dengan adanya penarafan ini, ia juga boleh menjadi dorongan kepada masjid-masjid untuk terus memperbaiki dan menambah baik perkhidmatan kepada masyarakat.
Sebagai penutup majlis yang penuh bermakna ini, sukacitanya pihak masjid menyampaikan cenderamata kepada panel penarafan masjid.