Temuramah daripada Pelajar Tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor Perdana, Kota Bharu

Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

#
Rabu, 25-Jun-2025, 11:00 pagi
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (masjid negeri Kelantan)

28 Zulhijjah 1446H | 25 Jun 2025

Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu telah menerima kunjungan daripada pelajar-pelajar Tingkatan 6, Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor Perdana, Kota Bharu (Zulfan, Qayyum, Nurhanis, Sarah dan Emyra) yang datang menemuramah Pemandu Pelancong Masjid, Suriati Abdul Halim.Mereka telah datang membuat kajian tentang Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu untuk menyiapkan kerja kursus subjek Sejarah. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, masih ramai pelajar-pelajar sekolah dan universiti-universiti datang ke Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu membuat kajian tentang sejarah penubuhannya, sejarah pengajian Agama Islam yang berkembang sejak zaman Kenali lagi sehingga masjid ini mendapat jolokan 'Universiti Terbuka'.Kami mewakili pihak pengurusan Masjid berharap Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu dapat mengekalkan dan meneruskan kembali zaman kegemilangan penyebaran Ilmu Islam sejak zaman Tok Kenali lagi hinggga kini.

Antara kelas-kelas pengajian agama yang masih kekal kesinambungan pengajiannya sejak dari Zaman Masjid Besar Kota Bharu (nama lama Masjid Jamek Muhammadi) adalah:


a) Kelas Tafaqquh Fiddin (Kelas Pengajian yang masih berlangsung di Masjid Jamek Muhammadi dari zaman Tok Kenali hingga kini)

b) Maahad Muhammadi (dulu di kenali sebagai Al-Madrasah Al-Muhammadiah Al-Arabiah (1937-1942)

c) Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK (yang kini beroperasi di Kompleks Islam Jubli Perak, Panji, Kota Bharu


Jadi, tidak hairanlah jika masjid ini menjadi tumpuan pelajar-pelajar dan individu untuk membuat kajian tentang sejarah dan bangunannya.

Top