Majlis Sambutan Ulang Tahun Masjid Jamek Sultan Mansor Ke-40 Tahun dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Masjid Jamek Sultan Mansor, Kampung Sireh

#
Khamis, 24-April-2025, 1:00 petang
Masjid Jamek Sultan Mansor Kg Sireh

Majlis sambutan penubuhan Masjid Jamek Sultan Mansor Kampung Sireh yang ke 40 tahun dan Majlis Sambutan Aidilfitri. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang tiga hari majlis diadakan. Antara program yang diadakan ialah Majlis Khatam Al-Quran, Jamuan Aidilfitri, ceramah-ceramah yang disampaikan oleh penceramah-penceramah jemputan dan Haflah Al-Quran. Antara penceramah jemputan ialah seperti Al-Fadhil Ustaz Ismail Benjasmith, Norhizam Bin Shair (Ijam), Ustaz Wan Helmi Bin Wan Mohamed dan Ustaz Nik Muhammad Abdul Hayyi Bin Nik Idris manakala bagi program Haflah Al-Quran, pihak masjid telah menjemput Al-Fadhil Ustaz Qayyim Nizar Bin Sarimi, Ustaz Khairul Azwar Bin Alias dan Datuk Hajjah Faridah Binti Mat Saman. Pertandingan mewarna kanak-kanak turut diadakan bagi memeriahkan majlis sambutan ini.

Top