LAWATAN KERJA PEGAWAI IT MAIK

Masjid Jamek Ibrahimi, Pasir Puteh

#
Isnin, 19-Mei-2025, 10:45 pagi
Pasir Puteh

𝐓𝐚𝐣𝐮𝐤 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧:

Lawatan Kerja Pegawai IT Maik.

𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡::

19 Mei 2025

𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭::

Masjid Jamek Ibrahimi Pasir Puteh

Kehadiran Puan Marziati Binti Yusoff – Pegawai Teknologi IT MAIK serta pembantu.

𝐎𝐛𝐣𝐞𝐤𝐭𝐢𝐟 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧:

-Untuk memantau dan menilai pelaksanaan sistem IT di Masjid Jamek Ibrahimi Pasir Puteh.

-Memberi sokongan teknikal dan penyelesaian masalah berkaitan infrastruktur IT.

-Meningkatkan kolaborasi antara jabatan IT Maik dengan pihak masjid.

𝐀𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐃𝐢𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧:

1. 𝑻𝒂𝒌𝒍𝒊𝒎𝒂𝒕 & 𝑷𝒆𝒓𝒃𝒊𝒏𝒄𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑨𝒘𝒂𝒍

-Penerangan oleh wakil pihak tuan rumah mengenai status sistem IT semasa.

-Perbincangan isu-isu teknikal seperti rangkaian, keselamatan siber, atau keperluan perisian.

2. 𝑷𝒆𝒎𝒆𝒓𝒊𝒌𝒔𝒂𝒂𝒏 𝑰𝒏𝒇𝒓𝒂𝒔𝒕𝒓𝒖𝒌𝒕𝒖𝒓 𝑰𝑻

-Audit perkakasan (server, komputer, peranti rangkaian).

Penilaian prestasi sistem dan rangkaian.

3. 𝑺𝒐𝒌𝒐𝒏𝒈𝒂𝒏 & 𝑷𝒆𝒏𝒚𝒆𝒍𝒆𝒔𝒂𝒊𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒂𝒍𝒂𝒉

-Membantu menyelesaikan masalah seperti membuat rakaman dan membuat siaran secara langsung setiap program, konfigurasi perisian serta isu keselamatan seperti memasang kamera litar tertutup.

-Penambahbaikan peralatan keperluan.

-Menjaga kebersihan makmal computer

-Membuat jadual penyelenggaraan komputer secara berkala.

4. 𝑺𝒆𝒔𝒊 𝑴𝒂𝒌𝒍𝒖𝒎 𝑩𝒂𝒍𝒂𝒔

Perbincangan hasil penemuan dan tindakan susulan akan dilaksanakan oleh pihak pengurusan masjid.

𝐂𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧

-Makluman kepada Jemaah tentang kewujudan makmal It.

-Membuat kelas pembelajaran computer secara percuma

-Pengunaan umum untuk pelajar

-Mengadakan program IT sempena cuti sekolah

-menjadikan pelajar celik IT.

𝐊𝐞𝐬𝐢𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧:

Lawatan ini berjaya mencapai objektif dengan mengenal pasti keperluan IT semasa serta memberi sokongan teknikal. Kerjasama antara pihak IT Maik dan organisasi masjid perlu diperkukuh untuk memastikan sistem berfungsi dengan optimum.

Top