
𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗜𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗣𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗠𝗔𝗧, 𝗕𝗔𝗖𝗛𝗢𝗞
Masjid Jamek Mahmoodi, Bachok

𝗥𝗔𝗕𝗨 | 𝟮𝟰 𝗦𝗘𝗣𝗧 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗜𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗣𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗠𝗔𝗧, 𝗕𝗔𝗖𝗛𝗢𝗞
Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) diwakili alfadhil Ust Wan Mohd Fikri Wan Sani Imam Tua Masjid Jamek Mahmoodi Bachok telah menyantuni keluarga mangsa kebakaran di Kg Pagar Raja Pantai Damat Bachok dan menyampaikan sumbangan segera wang tunai kepada keluarga mangsa. Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang dan difahamkan keluarga mangsa tiada dirumah. Kebakaran telah memusnahkan keseluruhan barangan dan punca kebakaran masih dalam siasatan. Turut hadir bersama menziarahi keluarga mangsa Imam Tua Masjid Mukim Pantai Damat. Semoga bantuan yang disampaikan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung dan berharap kesemua mangsa yang terlibat bersabar dengan ujian yang dihadapi.
#maik #masjidjamekmahmoodibachok #kebakaran #bantuanmaik #masjidbachok