JELAJAH JOM KERJA MYFUTUREJOBS OGHE KELANTAN
Masjid Jamek Mahmoodi, Bachok
PERKESO Kelantan akan menganjurkan program Jelajah Jom Kerja MYFutureJobs Oghe Kelate, iaitu satu program temu duga bagi membantu anak-anak Kelantan terutamanya di Bachok untuk mendapatkan pekerjaan.
Program ini akan berlangsung pada:
Tarikh: 24 April 2025 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Masjid Jamek Mahmoodi Bachok
Antara pengisian menarik termasuk:
Temu duga terbuka dengan pelbagai majikan dengan peluang pekerjaan dalam dan luar Kelantan
Bantuan pendaftaran di portal MYFutureJobs
Taklimat dan pendaftaran Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah yang terbuka kepada orang bekerja sendiri seperti peniaga / usahawan, penternak, nelayan dan sebagainya.
Program ini terbuka kepada semua pencari kerja, lepasan sekolah, graduan, serta mereka yang sedang menganggur atau ingin mencari pekerjaan baharu. Sebarang maklumat jawatan boleh lihat di laman web https://myfuturejobs.gov.my/careerfair
Aktiviti Lain-Lain
Lihat senarai aktiviti
SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN TULUS IKHLAS DARIPADA PENGURUSAN MASJID JAMEK JUBLI PERAK SULTAN ISMAIL PETRA 1447H/2026M
Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang Kelantan