Qiam Perdana Peringkat Jajahan Gua Musang Tahun 2026

Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang

#
Khamis, 12-Mac-2026, 8:30 malam
Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra Gua Musang

Qiam Perdana Peringkat Jajahan Gua Musang telah diadakan di Masjid Jamek Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Gua Musang hasil kerjasama Pejabat Tanah & Jajahan Gua Musang, Majlis Daerah Gua Musang, Pejabat Agama Jajahan Gua Musang dan pihak masjid.

Program ini turut disertai oleh Ketua Jajahan Gua Musang, YABrs Mohd Roshdi bin Ismail bersama para jemaah. Majlis dimulakan dengan solat Isyak dan solat Tarawih, diikuti pengisian Moreh Minda yang disampaikan oleh Pegawai Agama Jajahan Gua Musang, Ustaz Mohd Hafiz bin Mat Sulaiman. Program diteruskan dengan qiamullail serta diakhiri dengan sahur secara berjemaah

Top