BANTUAN BULANAN BARANGAN DAPUR KEPADA ASNAF

Masjid Jamek Ibrahimi, Pasir Puteh

#
Khamis, 10-April-2025, 10:00 pagi
Pasir Puteh

Khamis, 10 April 2025. Agihan bantuan makanan kepada asnaf merupakan inisiatif penting dalam usaha meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan. Bantuan ini disalurkan oleh pihak masjid Jamek Ibrahimi yang prihatin terhadap keperluan masyarakat. Proses agihan makanan ini melibatkan pengumpulan dan pengagihan barangan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, dan makanan segera seperti biskut kepada keluarga asnaf yang memerlukan. Bantuan sebulan sekali seramai 140 orang ini juga membantu memenuhi keperluan harian mereka. Dengan sokongan komuniti dan kerjasama pelbagai pihak, agihan bantuan makanan ini diharapkan dapat memberikan impak positif dan membantu mewujudkan masyarakat yang lebih sejahtera dan inklusif.

Top