PROGRAM HIMPUNAN IBU-IBU GALAS PERINGKAT JAJAHAN GUA MUSANG bertempat di Masjid Jamek Razaleigh

Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang

#
Sabtu, 14-Mac-2026, 8:00 pagi
Masjid Jamek Razaleigh

ALHAMDULILLAH, TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

PROGRAM HIMPUNAN IBU-IBU GALAS

PERINGKAT JAJAHAN GUA MUSANG

bertempat di Masjid Jamek Razaleigh

Program ini telah menghimpunkan para ibu dari sekitar kawasan Galas bagi mengimarahkan masjid melalui pelaksanaan Solat Sunat Tasbih, Solat Sunat Dhuha, serta pengisian tazkirah ringkas yang telah disampaikan oleh Ustaz Husni Naseem.

Alhamdulillah, melalui program ini sebanyak RM3,000 telah berjaya dikutip dan disumbangkan terus kepada pihak masjid. Mudah-mudahan setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi saham akhirat yang berkekalan serta mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Program ini juga menjadi medan yang sangat bermakna dalam memperkukuh fungsi masjid sebagai pusat penyatuan ummah, di samping meneguhkan peranan para ibu sebagai pendidik utama dalam membina keluarga yang berakhlak mulia dan berteraskan nilai-nilai Islam.

Semoga usaha yang murni ini menjadi asbab keberkatan, mengeratkan silaturrahim, serta terus menyemarakkan lagi institusi masjid dalam masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dato’ Haji Mohd Shahbuddin Hashim serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Semoga segala amal kebajikan ini diberkati dan diterima oleh Allah SWT. 🀲

#MasjidJamekRazaleigh

#HimpunanIbuIbuGalas

#GuaMusang

#ImarahMasjid

#SahamAkhirat

Top