FORUM PERDANA BERSAMA USTAZ TIGA BERADIK
Ahd, 25-Mei-2025
Masjid Jamek Ismaili Jajahan Tumpat
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program termasuk Pertandingan Mewarna (Sekolah Rendah), Pertandingan Melukis (Sekolah Menengah), Cabutan Bertuah, Pembelian Minyak Terpakai serta Pemeriksaan Kesihatan Percuma yang memberi manfaat kepada para pengunjung.
Program turut dimeriahkan dengan 500 kon aiskrim percuma serta pengagihan 600 bekas Bubur Asyura yang dimasak menggunakan 5 buah kawah, sebagai simbol semangat kebersamaan, gotong-royong dan ukhuwah dalam kalangan masyarakat.
Cabutan bertuah juga mendapat sambutan yang luar biasa dengan penyampaian hadiah berupa 50 buah hamper dan 7 buah basikal kepada para pemenang.