𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐒𝐢𝐦𝐮𝐥𝐚𝐬𝐢 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐂𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐓𝐚𝐬𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚 𝐒𝐰𝐚𝐬𝐭𝐚 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧

Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang

#
Rabu, 20-Mei-2026, 8:00 pagi
Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang

Alhamdulillah telah berlangsung Program Simulasi Haji Cilik melibatkan taska dan tadika berhampiran Masjid Jamek Razaleigh. Program ini disertai seramai 60 peserta cilik berumur 3 hingga 4 tahun.

Pelbagai aktiviti simulasi ibadah haji telah dijalankan bagi memberi pendedahan awal kepada anak-anak mengenai rukun Islam kelima dalam suasana yang ceria dan penuh penghayatan.

Pihak masjid mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memilih Masjid Jamek Razaleigh sebagai lokasi program. Semoga usaha sebegini dapat terus menghidupkan institusi masjid serta mendidik generasi kecil mencintai agama sejak usia muda.

Top