PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN BIL 1
Masjid Jamek Annur Guchil, Kuala Krai
Program Tafaqquh Fiddin bil 1 telah diadakan di Masjid Jamek Annur Guchil dengan tujuan meningkatkan kefahaman dan penghayatan ilmu agama dalam kalangan pegawai masjid. Program ini dihadiri oleh semua pegawai masjid mukim Kuala Krai.
Ceramah dalam program tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Haji Baharin bin Yusoff yang menyentuh pelbagai aspek berkaitan pengukuhan ilmu agama, tanggungjawab pegawai masjid serta kepentingan memperkasakan institusi masjid sebagai pusat penyebaran ilmu dan pembangunan masyarakat Islam.
Program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua peserta serta membantu meningkatkan lagi peranan pegawai masjid dalam memakmurkan masjid dan membimbing masyarakat setempat ke arah penghayatan Islam yang lebih baik