𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗨𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗜𝗧𝗔𝗕 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗕𝗔𝗕𝗔 𝗟𝗜 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗠
Sel, 16-Dis-2025
Masjid Jamek Mahmoodi, Bachok
27 MAC 2025 | KHAMIS
Masjid Jamek Mahmoodi Bachok, mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), telah menyampaikan Bantuan Persekolahan MAIK 2025 kepada anak-anak Mukim Mahmoodi Bachok.
Majlis ini disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Wan Mohd Fikri Bin Wan Sani, Imam Tua Masjid Jamek Mahmoodi Bachok. Seramai 14 penerima menerima bantuan dengan jumlah keseluruhan RM5,050 yang telah diluluskan bagi tahun ini.
Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan memberi motivasi kepada pelajar untuk terus berjaya, InsyaAllah.