Sumbangan Kebakaran Rumah

Masjid Jamek Sultan Muhammad I, Jeli.

#
Khamis, 9-April-2026, 9:00 pagi
Kampung Legeh

Alhamdulillah, pada pagi hari ini 𝐘𝐀𝐁𝐫𝐬. 𝐄𝐧. 𝐖𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐡𝐚𝐳𝐢𝐥 𝐁𝐢𝐧 𝐖𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐉𝐚𝐟𝐟𝐚𝐫 (𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐉𝐚𝐣𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐉𝐞𝐥𝐢) merangkap Pengerusi Masjid Jamek Sultan Muhammad 1 Jeli, bersama 𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐝𝐡𝐢𝐥 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐀𝐟𝐢𝐟 𝐇𝐚𝐤𝐢𝐦𝐢 𝐁𝐢𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 (𝐈𝐦𝐚𝐦 𝐓𝐮𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐉𝐚𝐦𝐞𝐤 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝟏 𝐉𝐞𝐥𝐢) yang mewakili 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐝𝐚𝐭 𝐈𝐬𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐲𝐮 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧 (𝐌𝐀𝐈𝐊) telah turun bersama melawat bagi menyampaikan bantuan kecemasan segera dari MAIK yang berjumlah sebanyak RM3,000 dan juga bakul makanan kepada Kak Na yang telah diuji musibah kebakaran rumah pada petang kelmarin iaitu di kawasan Mukim Legeh, Jeli.


Turut hadir bersama menyampaikan bantuan kecemasan ini ialah YBrs. Encik Mohd Shamsul Baharin bin Isa (Timbalan Ketua Jajahan Jeli), YBrs. Encik Ikhwan bin Mat Yasin @ Hashim (Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan), YBrs. Encik Mohammed Faris bin M Rosdi (Pegawai Pembangunan Sosio Ekonomi), Penggawa Daerah Jeli, Penghulu Mukim Legeh, dan rombongan dari Pejabat Tanah & Jajahan Jeli.


Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung serta menjadi penguat semangat kepada mangsa dalam menghadapi ujian ini.

Terima kasih diucapkan kepada Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), dan semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan usaha murni ini.

#maik

#masjidjameksultanmuhammad1jeli

#pejabattanahjajahanjeli

#sumbanganmangsakebakaranrumah

Top