Info semasa Masjid Al-Nur Guchil
Sab, 13-Jun-2026
Masjid Jamek Sultan Muhammad I, Jeli.
Majlis Penyampaian Hadiah bagi Program Akademi Ramadhan Anak-anak Solat Berjemaah Masjid Jamek Sultan Muhammad 1, Jeli yang telah berlangsung semalam.
Program ini berlangsung dari awal Ramadhan dan berakhir kelmarin. Seramai 32 orang peserta kanak-kanak telah menyertai program akademi solat berjemaah ini. Tahniah diucapkan kepada semua anak-anak yang telah berjaya.
Terima kasih diucapkan kepada hamba Allah yang telah memberi sumbangan untuk menjayakan program ini. Semoga mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah SWT.