Program Ibadah Kurban Tahun 1447H / 2026M

Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang

#
Rabu, 27-Mei-2026, 9:00 pagi
Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra Gua Musang

Program Ibadah Kurban Tahun 1447 Hijrah bersamaan 2026 Masihi telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang sebagai salah satu program keagamaan dan kemasyarakatan yang dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Program ini bertujuan untuk menghidupkan syiar Islam melalui pelaksanaan ibadah kurban, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli kariah, peserta kurban, jawatankuasa masjid serta masyarakat setempat. Program ini juga menjadi medium untuk memupuk semangat kerjasama, gotong-royong dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan melalui pengagihan daging kurban.

Top