ZIARAH PRIHATIN
Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang
Ahad, 29-Mac-2026, 10:00 pagi
Masjid Mukim Bertam Baru
Alhamdulillah, pihak Masjid Jamek Razaleigh telah berkesempatan menziarahi Imam Tua Masjid Mukim Bertam Baru yang baru sahaja kehilangan isteri tercinta.
Ziarah ini sebagai tanda sokongan dan kebersamaan pihak masjid dalam berkongsi rasa duka serta menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda keprihatinan kepada beliau dan keluarga.
Semoga Allah SWT mengampuni dan merahmati arwah, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. ![]()
Semoga Imam Tua dan keluarga diberi kekuatan, ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi ujian ini.
Takziah daripada:
Pihak Pengurusan Masjid Jamek Razaleigh