QIAMULAIL DI MASJID JAMEK RAZALEIGH

Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang

#
Isnin, 9-Mac-2026, 10:00 malam
Masjid Jamek Razaleigh

Alhamdulillah, program Qiamulail di Masjid Jamek Razaleigh telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan dihadiri oleh para jemaah yang ingin menghidupkan malam Ramadan dengan ibadah.

Program ini bermula pada hari ini dan akan diteruskan sehingga akhir Ramadan, bagi memberi peluang kepada para jemaah untuk bersama-sama mengimarahkan malam dengan amalan ibadah.

Antara pengisian yang disediakan oleh pihak masjid ialah:

1️⃣ Qiamulail berjemaah

2️⃣ Penyediaan makanan sahur untuk 50 orang jemaah

3️⃣ Solat Subuh berjemaah

Semoga usaha ini menjadi asbab untuk kita semua terus istiqamah mengimarahkan rumah Allah serta meraih keberkatan di bulan Ramadan yang mulia.

Terima kasih kepada para penyumbang dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala amal kebajikan diberkati dan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.

#Qiamulail

#ImarahRamadan

#MasjidJamekRazaleigh

#Ramadan1447H

#MasjidMekkah

Top