
ZAIRAH MAIK KE KEDIAMAN ALLAHYARHAM BILAL MASJID MUKIM KELUAT
Masjid Jamek Mahmoodi, Bachok

7 MAC 2025 | ISNIN
ZAIRAH MAIK KE KEDIAMAN ALLAHYARHAM BILAL MASJID MUKIM KELUAT
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang diwakili oleh al-Fadhil Ustaz Fathul Hakim, Pegawai Pengurusan Masjid Mukim, telah mengadakan kunjungan ziarah ke kediaman keluarga Allahyarham Ustaz Wan Hussin bin Wan Zakaria, Bilal Masjid Mukim Keluat, Bachok, yang telah kembali ke rahmatullah beberapa hari yang lalu.
Turut serta dalam ziarah ini ialah al-Fadhil Ustaz Wan Mohd Fikri bin Wan Sani, Imam Tua Masjid Jamek Mahmoodi, Bachok, serta Imam Tua Masjid Keluat. Dalam kunjungan tersebut, pihak MAIK turut menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan bebanan keluarga.
Semoga ahli keluarga Allahyarham diberikan ketabahan dalam menghadapi ujian ini, dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
#Ziarah #MAIK #MasjidJamekMahmoodiBachok #Bilal #MasjidMukim