IFTAR PERDANA & AGIHAN BAKUL MAKANAN

Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang

#
Sabtu, 7-Mac-2026, 2:00 petang
Masjid Jamek Razaleigh

Alhamdulillah telah berlangsung dengan penuh keberkatan Majlis Iftar Perdana dan Agihan Bakul Makanan hasil kerjasama ABIM, YAPIEM, Yayasan Taqwa dan Masjid Jamek Razaleigh.

Program ini diadakan bagi menyantuni golongan asnaf serta mengeratkan ukhuwah antara agensi dan masyarakat setempat sepanjang bulan Ramadan yang mulia. Para penerima telah menerima sumbangan bakul makanan bagi membantu meringankan beban menjelang Syawal.

Majlis turut diserikan dengan sesi tazkirah, ucapan tetamu jemputan serta penyampaian sumbangan kepada para asnaf sebelum bersama-sama menikmati iftar perdana dan menunaikan solat Maghrib berjemaah.

Semoga segala usaha dan sumbangan ini diberkati oleh Allah SWT serta menjadi asbab kebaikan kepada semua yang terlibat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:

• ABIM

• YAPIEM

• Yayasan Taqwa

• Para penyumbang dan sukarelawan

atas sokongan dan kerjasama menjayakan program ini.

Masjid Jamek Razaleigh

Memakmurkan Ramadan, Menyantuni Ummah

#MasjidMekkah

#masjidkitauntuksemua

Top