KUNJUNGAN MAHABBAH TADIKA LITTLE CALIPHS KE MASJID JAMEK ANNUR GUCHIL KUALA KRAI

Masjid Jamek Annur Guchil, Kuala Krai

#
Khamis, 26-Februari-2026, 10:00 pagi
KUALA KRAI

Masjid Jamek Annur Guchil telah menerima kunjungan mahabbah daripada warga Tadika Little Caliphs Kuala Krai yang terdiri daripada para pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini diadakan sebagai satu inisiatif pendidikan bagi memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang peranan dan fungsi institusi masjid dalam kehidupan umat Islam. Melalui kunjungan ini, para pelajar diperkenalkan dengan persekitaran masjid serta didedahkan kepada kepentingan masjid sebagai pusat ibadah, pendidikan, penyatuan ummah dan pembangunan sahsiah masyarakat. Program ini juga diharap dapat memupuk rasa cinta, hormat serta menggalakkan generasi muda untuk mendekati masjid sejak usia yang masih kecil.

Top