Pengisian Permohonan bantuan IPT

Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang

#
Ahad, 7-Jun-2026, 8:30 pagi
Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra Gua Musang

Pihak Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang telah menyediakan kemudahan bilik makmal komputer kepada anak-anak mukim bagi memudahkan urusan mengisi dan mengemukakan permohonan bantuan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Kemudahan ini disediakan sebagai salah satu inisiatif pihak masjid dalam membantu para pemohon, khususnya mereka yang memerlukan akses kepada komputer dan kemudahan internet. Selain itu, para pemohon turut diberikan tunjuk ajar dan bimbingan oleh petugas masjid berkaitan tatacara serta proses permohonan bantuan tersebut. Inisiatif ini merupakan salah satu bentuk khidmat kemasyarakatan pihak masjid dalam menyediakan kemudahan dan perkhidmatan secara percuma kepada anak-anak mukim, di samping membantu memudahkan urusan mereka mendapatkan bantuan pendidikan bagi melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi.

Top