ZIARAH MAHABBAH
Masjid Jamek Annur Guchil, Kuala Krai
Program Ziarah Mahabbah Anak Mukim telah dilaksanakan dengan jayanya bagi mengeratkan ukhuwah dan memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada anak-anak mukim serta ahli kariah.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh kakitangan Masjid Jamek Annur Guchil atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini. Penghargaan khusus turut ditujukan kepada Imam Tua atas bimbingan, nasihat dan kepimpinan beliau sepanjang pelaksanaan program.
Secara keseluruhannya, program ini mencapai objektif yang ditetapkan dan diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan dan perpaduan anak mukim