Sekitar Pengajuran Program Mahabbah (Berbuka Puasa bersama Non-Muslim) anjuran Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu

Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

#
Isnin, 9-Mac-2026, 6:00 petang
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

9 Ramadan 1447H | 9 Mac 2026

Dataran Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu telah menjadi saksi buat tahun ketiga berturut-turut berlangsungnya Program Berbuka Puasa bersama Non-Muslim untuk menunjukkan kedekatan Masjid dengan kepelbagaian bangsa dan agama anak mukim. Peluang ini dimanfaatkan sebaiknya melalui penganjuran program Mahabbah (Pelancongan Masjid) bagi memberi penerangan (Dakwah) kepada kira-kira 50 orang pengunjung terdiri daripada kaum Cina dan kaum India yang bukan beragama Islam.Pengalaman merasai sendiri suasana berbuka menyentuh hati mereka yang hadir dan seterusnya diharapkan dapat memberi kesedaran tentang kebenaran agama Islam.


Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid Negeri Kelantan) membuka peluang kepada orang ramai melaksanakan tajaan sempena Program Ihya Ramadan 1447H/2026.


Sumbangan boleh dibuat melalui; Bank Muamalat (M) Bhd (JK Masjid Muhammadi KB 03010006364719) atau scan QR Code yang tertera di poster hebahan.

Kita di Kelantan, ore Melayu, Cina dan India buka puasa bersekali

Top