
Majlis Iftor Perdana & Agihan Syantoh Ramadan
Masjid Jamek Sultan Yahya Petra, Machang

26 Mac 2025 | 25 Ramadan 1446H | Rabu
Alhamdulillah telah diadakan Majlis Iftor Perdana & Agihan Syantoh Ramadan Kepada Asnaf dengan jayanya.
Majlis ini dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran dan Tazkirah Ringkas yang disampaikan oleh AF Ustaz Anwar Abdullah. Majlis ini diteruskan lagi dengan ucapan aluan dan penyampaian cenderahati kepada peserta tadarus Al-Quran, sumbangan laptop kepada pelajar asnaf dan agihan syantoh ramadan kepada asnaf yang telah disempurnakan oleh YABrs. Tuan Haji Zamri Bin Ibrahim selaku Pengerusi Masjid Jamek Sultan Yahya Petra, Machang dan disudahi dengan tahlil dan berbuka puasa.
Terima kasih kepada semua muslimin muslimat yang telah hadir bersama dalam majlis ini dan semoga dengan adanya program ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita dan dapat menjadikan nilai tambah kepada kita semua.
Jazakumullahu khairan jaza’.