Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang, Pasir Mas
📢 ‼️‼️*HEBAHAN BAGI PERTANDINGAN RAKAN MASJID x RAKAN MUDA RAMADAN PERINGAKT NEGERI KELANTAN TAHUN 2026*‼️‼️
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya beberapa acara pertandingan sempena Program Rakan Masjid x Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 yang melibatkan penyertaan seperti berikut:
🔊 Pertandingan Azan
Seramai 20 orang peserta
📍 Dewan Solat Utama, Masjid Beijing
✍️ Pertandingan Tulisan Kaligrafi Khat
Seramai 40 orang peserta
📍 Bilik Mengaji Muslimat, Masjid Beijing
📖 Pertandingan Hafazan
Seramai 16 orang peserta
📍 Dewan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Masjid Beijing
🕤 Masa: 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
Majlis diteruskan dengan Penyampaian Hadiah kepada para pemenang pada jam 12.30 tengah hari.
Program ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing).
Turut diserikan dengan kehadiran Perfume Yaya Empire bagi memeriahkan lagi program ini.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta, urusetia dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga usaha ini terus menyemarakkan penghayatan Ramadan serta memupuk minat generasi muda terhadap syiar Islam.
#RakanMasjid #RakanMudaRamadan #MasjidBeijing #Kelantan #PertandinganIslamik