Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang

Kuliah Mingguan

Isnin, 27-Julai-2026
facebook

[LIVE] Kuliah Maghrib ๐Ÿ“† : Isnin, 27 Julai 2026 ๐Ÿ•Œ : Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang, Kelantan. Pengkuliah: AF Ustaz Khirul Safarudin Imam Muda Masjid Jamek Razaleigh SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE: ๐Ÿง AKAUN BANK MUAMALAT (03070001111717) [AJK INDUK MASJID RAZALEIGH]

Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang

Kuliah Maghrib Mingguan

Isnin, 20-Julai-2026
facebook

: [LIVE] Kuliah Maghrib ๐Ÿ“† : Isnin, 20 Julai 2026 ๐Ÿ•Œ : Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang, Kelantan. Kitab : Riyadus Solihin Pengkuliah: AF USTAZ OTHMAN IMAM TUA MASJID JAMEK TENGKU MUHAMMAD FAIZ PETRA SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE: ๐Ÿง AKAUN BANK MUAMALAT (03070001111717) [AJK INDUK MASJID RAZALEIGH]

Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang

Kuliah Maghrib Mingguan:

Sabtu, 18-Julai-2026
facebook

๐Ÿ•ค : [LIVE] Kuliah Maghrib ๐Ÿ“† : Isnin, 26 Julai 2026 ๐Ÿ•Œ : Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang, Kelantan. Kitab : Misbahul Munir Pengkuliah: AF USTAZ Ilmam Guru Maahad Muhammadi Gua Musang SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE: ๐Ÿง AKAUN BANK MUAMALAT (03070001111717) [AJK INDUK MASJID RAZALEIGH]

Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang

Program Tadarus & Khatam Al-Quran bersama rombongan Mahabbah Al-Quran Pahang

Sabtu, 18-Julai-2026
facebook

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Tadarus & Khatam Al-Quran bersama rombongan Mahabbah Al-Quran Pahang di Masjid Jamek Razaleigh. Program yang berlangsung dalam suasana penuh khusyuk ini diisi dengan sesi tadarus Al-Quran, majlis khatam, doa khatam serta tazkirah yang memberi manfaat kepada para peserta dan jemaah yang hadir. Semoga segala bacaan, doa dan perkongsian ilmu menjadi asbab keberkatan, mengukuhkan ukhuwah serta meningkatkan kecintaan kita semua terhadap Al-Quran. Pihak Masjid Jamek Razaleigh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mahabbah Al-Quran Pahang, para asatizah, para peserta, jawatankuasa, petugas serta semua yang telah hadir dan bersama-sama menjayakan program ini. Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan kita dan mempertemukan kita lagi dalam majlis-majlis ilmu yang akan datang.

Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang

๐‹๐ž๐ง๐ฌ๐š ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ | ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ ๐…๐ข๐ญ๐ซ๐š๐ก ๐Š๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐Œ๐ฎ๐ซ๐ข๐ ๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐€๐ฌ๐ฅ๐ข (๐Š๐„๐Œ ๐…๐ˆ๐Š๐€) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Rabu, 8-Julai-2026
facebook

Alhamdulillah, pada 8 Julai 2026 (Rabu) telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian dan Penutupan Kem Fitrah Kasih Murid Orang Asli (KEM FIKA) 2026 Peringkat Daerah Gua Musang bertempat di Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang. Program anjuran Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang ini menghimpunkan murid-murid Orang Asli dalam usaha menyemai nilai-nilai Islam, membentuk sahsiah terpuji serta mengeratkan ukhuwah melalui pelbagai aktiviti kerohanian dan pembelajaran yang bermanfaat. Pihak Masjid Jamek Razaleigh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Unit Pendidikan Islam PPD Gua Musang, para guru, fasilitator, urus setia serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi asbab lahirnya generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT.

Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐’๐ข๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š๐ฌ๐ข ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐‚๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐’๐Š ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐’๐ซ๐ข ๐–๐š๐ง๐ ๐ข ๐Ÿ

Rabu, 8-Julai-2026
facebook

Alhamdulillah, Program Simulasi Haji Cilik telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Jamek Razaleigh bersama murid-murid SK Kebangsaan Sri Wangi 2. Program ini memberi pendedahan awal kepada murid tentang rukun dan tatacara ibadah haji melalui pendekatan pembelajaran secara praktikal dan interaktif. Anak-anak berpeluang merasai sendiri pengalaman melakukan simulasi ibadah seperti berniat ihram, wukuf, melontar jamrah, tawaf, saie dan tahallul dalam suasana yang menyeronokkan serta penuh penghayatan. Semoga program ini dapat menyemai rasa cinta kepada Rukun Islam yang kelima serta menjadi inspirasi kepada anak-anak untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci suatu hari nanti. Terima kasih diucapkan kepada pihak SK Kebangsaan Sri Wangi 2, para guru, fasilitator, sukarelawan dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang

Kuliah Perdana Us Syed Ahmad Ridhwan

Sabtu, 27-Jun-2026
facebook

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. ๐ŸŒ™ Sempena sambutan Maal Hijrah 1448H, marilah kita bersama-sama mengimarahkan Masjid Jamek Razaleigh dengan menghadiri Kuliah Perdana Maal Hijrah yang akan disampaikan oleh Ustaz Syed Ahmad Ridwan. ๐Ÿ“… Tarikh: 27 Jun 2026 (Sabtu) ๐Ÿ•ฐ๏ธ Masa: Selepas Solat Maghrib ๐Ÿ“ Tempat: Masjid Jamek Razaleigh โœจ Ayuh pakat hadir beramai-ramai bersama ahli keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga bagi menghidupkan rumah Allah serta menambah ilmu dan penghayatan sempena tahun baharu Hijrah

Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang

๐‘ณ๐’†๐’๐’”๐’‚ ๐‘ท๐’“๐’๐’ˆ๐’“๐’‚๐’Ž ๐‘ฎ๐’๐’•๐’๐’๐’ˆ-๐‘น๐’๐’š๐’๐’๐’ˆ ๐‘ฒ๐’‚๐’„๐’‚๐’– ๐‘ฉ๐’–๐’ƒ๐’–๐’“ ๐‘บ๐’–๐’“๐’ & ๐‘ฒ๐’–๐’๐’Š๐’‚๐’‰ ๐‘ท๐’†๐’“๐’…๐’‚๐’๐’‚ ๐‘ด๐’–๐’‰๐’‚๐’“๐’“๐’‚๐’Ž

Sabtu, 27-Jun-2026
facebook

Alhamdulillah, Program Gotong-Royong Kacau Bubur Suro dan Kuliah Perdana Muharram di Masjid Jamek Razaleigh telah berlangsung dengan jayanya. Program dimulakan dengan aktiviti gotong-royong mengacau Bubur Suro yang menghimpunkan ahli jawatankuasa, sukarelawan dan masyarakat setempat dalam suasana penuh semangat ukhwah dan kerjasama. Bubur Suro turut diagihkan kepada orang ramai, Ketua Jajahan Gua Musang, Ahli-Ahli Yang Berhormat (YB), ketua-ketua jabatan serta para penderma utama sebagai tanda penghargaan dan perkongsian rezeki. Pada sebelah malam, para jemaah bersama-sama mengimarahkan masjid dengan menghadiri Kuliah Perdana Muharram yang telah disampaikan oleh Ustaz Syed Ahmad Ridwan, membawa pengisian yang bermanfaat sempena kedatangan tahun baharu Hijrah. Terima kasih kepada semua yang hadir, menyumbang dan berganding bahu menjayakan program ini. Semoga segala amal kebajikan diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang

Solat Sunat Gerhana Bulan di Masjid Jamek Razaleigh

Selasa, 3-Mac-2026
facebook

Alhamdulillah, telah berlangsung Solat Sunat Gerhana Bulan di Masjid Jamek Razaleigh dengan kehadiran para jemaah yang bersama-sama mengimarahkan masjid. Solat sunat tersebut telah diimami oleh Al-Fadil Imam Muda Khirul Safarudin. Para jemaah turut mengambil peluang untuk melaksanakan ibadah sunat ini serta mendengar tazkirah ringkas berkaitan peristiwa gerhana yang merupakan salah satu tanda kebesaran Allah SWT. Semoga program seperti ini dapat terus menyemarakkan lagi semangat beribadah dan meningkatkan kesedaran umat Islam untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Top