Jom Anak Muda Hadir ke Masjid

Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

#
Selasa, 8-Julai-2025, 12:00 tengah hari
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu

Jom hadir beramai-ramai ke masjid. Hadir ke masjid memiliki banyak kepentingan dan kelebihan dalam agama Islam. Di antaranya adalah dikurniakan pahala solat berjemaah yang lebih besar (Solat berjemaah di masjid memiliki kelebihan 27 darjat berbanding solat bersendirian), dihapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan (Setiap langkah kaki menuju masjid akan menghapuskan dosa dan setiap langkah kaki pulang juga dicatatkan sebagai pahala) dan dijamin rezeki serta tempat di syurga. Selain itu, hadir ke masjid juga mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan mengeratkan lagi hubungan sillaturahim sesama umat Islam. Beberapa faedah yang lain adalah sepertimana berikut:


a) Pahala yang Berlipat Ganda:

Setiap perbuatan baik yang dilakukan di masjid seperti solat, membaca Al-Quran dan lain-lain akan dilipatgandakan pahalanya. 


b) Mendapat Syafaat:

Kehadiran ke masjid pada hari Jumaat, khususnya, akan mendapat syafaat daripada Allah S.W.T. 

Top