
TEMUDUGA PENYAMBUNGAN KONTRAK KAKITANGAN LANTIKAN MASJID, MASJID JAMEK MAHMOODI BACHOK BAGI TAHUN 2025
Masjid Jamek Mahmoodi, Bachok

23 Dis 2024 | Isnin - Temuduga penyambungan kontrak kakitangan lantikan masjid, Masjid Jamek Mahmoodi Bachok bagi tahun 2025. Temuduga ini dipanelkan oleh dua panel jemputan iaitu Al-fadil Ust. Baharin Yusoff (Imam Tua Masjid As-Salam Pengkalan Chepa) dan Al-fadil Ust. Faiz Zainuddin (Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Unit Nazir MAIK). Turut serta juga panel tuan rumah iaitu Al-fadil Ust. Wan Mohd Fikri (Imam Tua Masjid Jamek Mahmoodi Bachok).
Temuduga penyambungan yang dilakukan ini adalah dilihat dalam pelbagai aspek prestasi antaranya mematuhi peraturan-peraturan MAIK dan Masjid, mematuhi arahan yang diarahkan dari semasa ke semasa, kualiti kerja yang dilakukan dan pelbagai lagi aspek-aspek yang dilihat. Ini adalah untuk memastikan kakitangan masjid mencapai prestasi yang cemerlang selaras dengan KPI yang ditetapkan. Penyambungan akan dilakukan sekiranya prestasi yang ditunjukkan adalah cemerlang.
Dengan harapan agar sesi temuduga ini dapat memilih mereka yang berwibawa dan berdedikasi, di samping memberikan sumbangan yang lebih bermakna untuk pembangunan dan kemakmuran Masjid Jamek Mahmoodi Bachok pada tahun 2025.