KULIAH MAGHRIB MINGGUAN HARI SABTU
Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang Kelantan
Sab, 1-Nov-2025
Masjid Jamek Sultan Muhammad II, Telipot
Alhamdulillah, satu lagi inisiatif diberkati sedang giat dilaksanakan di Masjid Jamek Sultan Muhammad II, Telipot — projek pembinaan pusat permainan bagi sukan volleyball, sepak takraw dan badminton!
Tujuan utama pembinaan ini adalah:
- Menarik golongan remaja untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang sihat dan berfaedah
- Menjadikan sukan sebagai ibadah, bukan hanya riadah
- Mengukuhkan silaturahim antara jemaah dan penduduk setempat
- Mengeratkan hubungan antara masjid dan masyarakat
Usaha ini mampu menjadikan masjid bukan sekadar tempat ibadah, tetapi juga pusat pembangunan sahsiah dan komuniti.