KUNJUNGAN PIHAK MAIK (PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT) KE MASJID JAMEK MAHMOODI BACHOK

Masjid Jamek Mahmoodi, Bachok

#
Selasa, 10-Disember-2024, 2:30 petang
Masjid Jamek Mahmoodi, Bachok

10 DIS 2024 | SELASA

Masjid Jamek Mahmoodi Bachok telah mendapat kunjungan oleh pihak MAIK bahagian Teknologi Maklumat yang diketuai oleh YBrs. Puan Marziati Binti Yusoff. Kunjungan ini bertujuan untuk memeriksa dan menambahbaik sistem ICT yang sedia ada agar dapat menjadikan masjid sebagai medium dalam penyebaran maklumat terkini MAIK dan pusat penyebaran dakwah selaras dengan era pendigitalan.


Dalam kunjungan ini juga terselit idea untuk menjadikan pejabat lama Masjid Jamek Mahmoodi Bachok sebagai makmal komputer yang canggih dan dilengkapi dengan peralatan terkini. Dengan perubahan ini, diharapkan para pengunjung dan masyarakat sekitar dapat manfaatkan kemudahan yang disediakan, selain membuka ruang untuk pendidikan teknologi di kalangan generasi muda.


Semoga dengan usaha ini, Masjid Jamek Mahmoodi Bachok menjadi lebih unggul dalam arus pendigitalan dan terus menjadi pusat komuniti yang progresif.

Top